Sunday 8 April 2012

BUAH TEMPATAN




BUAH LIMAU



LIMAU NI asalnya anak pokok yang dibeli, spesis limau bali tapi yang ni bukan limau bali... bila dah berbuah baru la tau limau bali atau bukan.

Ciri-ciri limau bali  rasanya manis tidak ada masam dan warnanya isinya merah-merah jambu sedikit dan harganya sebiji kalau besar macam ni mau dalam RM 15 atau RM 18.

Walaupun ada sepokok ja dikampung tapi buahnya alhamdulillah memang lebat 





Selalu kalau balik kampung memang saya ja yang suka petik buah ni adik-beradik lain tak rajin masing-masing kalau dah dikupas baru lah nak makan

Walaupun buahnya tak dibungkus (banyak sangat tak terlayan) tapi isinya elok, manis ada masam sedikit dan berair kalau saya setengah biji boleh habis sorang








Limau ni bila dah tua warna kulitnya agak cerah kekuningan dan lembut bila kita tekan... biasanya kalau selepas dipetik saya biarkan dia 3 atau 4 hari baru dikupas kerana rasanya lebih sedap dan manis


Selalu jugak jual dengan kawan-kawan dan jiran-jiran ibu dikampung kalau besar-besar macam ni biasanya dalam RM 5 atau RM 6 sahaja.


Terlupa pulak nak ambik gambar isi buah limau ni... InsyaAllah ada nanti saya masukkan dalam blog ni...



BUAH DURIAN

Buah ni pokok sendiri tapi musim kali ni tak banyak buah tinggal 2 pokok sahaja sebab dah kena tebang 








RAMBUTAN TEPI RUMAH


Rambutan yang manis dan isinya lekang.... 


Seronok chiko main dicelah-celah buah ini tapi tinggal kenangan chiko dah mati  kira-kira 2 minggu lalu terlanggar van...








BUAH MANGGA


Ada sepokok ja... 




















Tabur dengan serbuk asam masin yang dibuat sendiri rasanya sangat sedap... hermmmm




2 comments:

  1. wallaweiii sudah ada blog ek...yup adik beradik lain mmemang kena letak hidang depan mata...eh ni kat belakang rumah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SSulieana... iyea belakang umah pun 2, 3 langkah ja.. nie buah tahun lepas silap setting date pic....

      Delete