Saturday, 21 April 2012

JOM SARAPAN NASI LEMAK

NASI LEMAK


Hari minggu ni buat nasi lemak sendiri... oleh sebab ramai... buat lah jimat dan sedap sikit... kalau sepinggan macam ni rasanya tak dapat RM 1.00



Bahan-bahan:


Beras 3 cawan
santan 6 cawan
sedikit halia
seulas bawang merah
2 helai daun pandan
sedikit garam


Basuh beras dan masukkan semua bahan dalam periuk nasi elektrik (senang)  bila dah kering gaul nasi dan biarkan dalam 10-15 minit.



Bahan Untuk kuah:


agak-agak ja, ikut suka la nak pedas lebihkan cili, 


Ikan bilis 
cili kering/bawang merah/putih/halia (kisar semua bahan ini)
garam/gula


Untuk sambal ikan bilis, kisar cili kering dengan bawang merah, bawang putih dan halia sikit ja... tumis dan masukkan ikan bilis yang telah digoreng...

Bila dah siap senduk la nasi bubuh dalam pinggan, jangan lupa timun, telur rebus, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng.  kalau rajin masak lah sotong kering, ayam masak merah ke...


Budget untuk nasi lemak ni: 3 tin susu beras
6 gelas santan dari sebiji kelapa
ikan bilis 300gm, kacang tanah 50gm, timun 2 biji dan telur 7 biji (untuk kira-kira 15 orang)




Tuesday, 17 April 2012

DIET UNTUK KURUSKAN BADAN

KERABU MANGGA



Bahan-Bahan:


2 biji mangga tua/muda
2 biji bawang besar
2 inci halia muda
2 kumtum bunga kantan
5-10 tangkai cili padi atau yang besar sikit
kacang tanah goreng dan ditumbuk
sedikit garam
4 sudu besar gula






Semua bahan-bahan yang diatas hendaklah dihiris halus dan di gaul sebati....











SENANG DAN SEKEJAP JA NAK BUAT KERABU MANGGA NIE.... RASANYA PUN SEDAP JUGAK...

Sunday, 8 April 2012

BUAH TEMPATAN




BUAH LIMAU



LIMAU NI asalnya anak pokok yang dibeli, spesis limau bali tapi yang ni bukan limau bali... bila dah berbuah baru la tau limau bali atau bukan.

Ciri-ciri limau bali  rasanya manis tidak ada masam dan warnanya isinya merah-merah jambu sedikit dan harganya sebiji kalau besar macam ni mau dalam RM 15 atau RM 18.

Walaupun ada sepokok ja dikampung tapi buahnya alhamdulillah memang lebat 





Selalu kalau balik kampung memang saya ja yang suka petik buah ni adik-beradik lain tak rajin masing-masing kalau dah dikupas baru lah nak makan

Walaupun buahnya tak dibungkus (banyak sangat tak terlayan) tapi isinya elok, manis ada masam sedikit dan berair kalau saya setengah biji boleh habis sorang








Limau ni bila dah tua warna kulitnya agak cerah kekuningan dan lembut bila kita tekan... biasanya kalau selepas dipetik saya biarkan dia 3 atau 4 hari baru dikupas kerana rasanya lebih sedap dan manis


Selalu jugak jual dengan kawan-kawan dan jiran-jiran ibu dikampung kalau besar-besar macam ni biasanya dalam RM 5 atau RM 6 sahaja.


Terlupa pulak nak ambik gambar isi buah limau ni... InsyaAllah ada nanti saya masukkan dalam blog ni...



BUAH DURIAN

Buah ni pokok sendiri tapi musim kali ni tak banyak buah tinggal 2 pokok sahaja sebab dah kena tebang 








RAMBUTAN TEPI RUMAH


Rambutan yang manis dan isinya lekang.... 


Seronok chiko main dicelah-celah buah ini tapi tinggal kenangan chiko dah mati  kira-kira 2 minggu lalu terlanggar van...








BUAH MANGGA


Ada sepokok ja... 




















Tabur dengan serbuk asam masin yang dibuat sendiri rasanya sangat sedap... hermmmm