Saturday, 7 December 2013

CARA BUAT JEMPUT PISANG

JEMPUT PISANG (CEKODOK PISANG)

Jom buat jemput pisang senang ja... 



Untuk sarapan pagi atau minum petang...

Bahan-bahan:

500 gm pisang yang telah dibuang kulit
1 sudu gula castor
150 gm tepung kek atau tepung gandum
secubit garam (kalau tak bubuh pun tak apa)
minyak masak untuk mengoreng

Cara-cara membuatnya

1. Lenyek pisang (jangan blender) sampai hancur dan kelihatan berair
2. masukkan tepung gaul rata
3. goreng dalam minyak sederhana panas 

selalunya jemput pisang yang dah masak ni warnanya akan kelihatan keperang-perangan macam di atas... 

Senang ja buat nya...

Pisang yang selalu orang gunakan buat cekodok ni biasanya pisang awak... pisang berangan atau pisang emas pun boleh tapi ia dah manis kalau bubuh gula sikit ja...

Kalau guna pisang abu rasanya akan masam sikit.... lebihkan gula baru sedap sikit...

Ini namaya pisang Awak dalam 1 kg harganya sekarang
 dah mencecah rm 3.50



Jemput pisang ni saya gunakan tepung kek sebab dah kehabisan tepung gandum biasa..... guna tepung kek ni memang sedap....





Tuesday, 3 December 2013

MADINAH 2013 (HAJI & UMRAH)

MADINAH AL MUNAWWARAH

(Perjalanan Haji & Umrah 2013)


Alhamdulillah telah selesai menunaikan ibadat haji dan umrah bersama suami dan kami memilih penerbangan awal untuk ke Madinah dahulu.....
(kt 5 iaitu penerbangan ke 5)


Sedikit catatan ringkas ketika berada di bumi haram madinah tempat bersemadinya kekasih Allah dan sahabat-sahabat ianya sekadar menyemarakkan semangat para pembaca yang beragama Islam yang belum berpeluang dan berkesempatan untuk menanam niat dan cita-cita untuk datang ziarah dan beribadah di sini.

Apa yang berlaku dan apa yang kami perolehi disini adalah sesuatu yang sukar untuk diceritakan  semuanya... semua perasaan berada disini sedih, gembira, gentar, hina, lemah dan yang paling utama adalah syukur di atas rahmat dan kasih sayangNya kami sampai disini..



Dari luar perkarangan Masjid Nabawi : 9 sept 2013


Ruangan solat





Air zamzam disediakan di dalam dan luar masjid jangan lepaskan peluang minumlah dengan sepuas-puasnya dan jangan lupa berselawat dan berdoa dahulu..








Hari pertama tiba suasana di masjid nabi ini tenang kerana belum ramai jemaah haji yang tiba.... setiap kali solat akan berada di saf pertama dan paling ramai saya kira hanya ada 3 saf sahaja... memasuki hari ke 6, 7 dan 8 keadaan sudah berubah  lambat sahaja akan susah sedikit mencari tempat solat dan kadang-kadang terpaksa berpecah dengan rakan sebilik...

Setiap kali memasuki pintu masjid beg sandang kami akan diperiksa oleh petugas wanita mereka tidak benar kamera dan telepon bimbit berkamera di bawa masuk... alhamdulillah kadang-kadang beg saya cuma dipegang sahaja..

Pengalaman solat jenazah bermula disini.. selama berada disini hanya sekali sahaja terlepas solat jenazah selebihnya memang setiap waktu selepas solat fardu ada sahaja jenazah yang di solatkan...

























Para jemaah Haji Malaysia akan dibawa oleh petugas tabung haji
melawat dalam Masjid Nabawi tempat yang paling utama adalah makam rasulullah s.a.w dan sahabat, Raudhah... hanya lelaki sahaja dibenarkan melawat makam baginda... sementara kaum wanita berpeluang memasuki Raudhah mengikut jadual dan masa yang ditetapkan... iaitu biasanya selepas solat subuh, asar dan Isyak...

Ziarah luar Madinah antaranya ke Bukit Uhud tempat peperangan badar, perkuburan Baqi', ladang kurma dan akhir sekali ke Masjid Quba'


1. Lawatan ke Bukit Uhud


Pemandangan bukit uhud












2. Perkuburan Al-Baqi'

Selain daripada menziarahi Maqam Rasulullah saw dan dua sahabatnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab r.a., sayugia juga menziarahi Perkuburan Al-Baqi' iaitu 
tempat bersemadi para suhada, para sahabat di katakan hampir 10,000 orang termasuklah Saidina Othman bin Affan dan isteri-isteri junjungan nabi saw serta anak-anaknya.


                                                       
Jika ada rezeki, anda akan tercium bau wangi disini











3. Melawat ladang kurma

Inilah pertama kali pegang buah kurma kat pokok...









5. Masjid Quba'

Jangan lepaskan peluang ini... Mengambil wuduk di hotel tempat kita menginap dan solat 2 rakaat di Masjid ini pahalanya seperti mengerjakan umrah... 





Alhamdulillah Setelah lapan hari berada di Madinah kami berangkat ke Mekah selepas solat zohor untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah



Friday, 9 August 2013

CARA MENAMBAH PENDAPATAN KELUARGA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

ALHAMDULILLAH bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dapat beraya lagi pada tahun ini...

Tahun ini dah masuk 5 tahun buat bisnes rempeyek kecil-kecilan dirumah... dan tempahan meningkat sedikit hampir 90 kg...

Walaupun modal banyak tapi alhamdulillah masih boleh dapat keuntungan lebih, mula buat hari ke 6 puasa dari pukul 7 atau 8 pagi hingga pukul 12 atau kadang kala pukul 1.30 tgh hari..ini termasuk rehat sekejap dalam pukul 10 atau 11 pagi..

kena budget masa macam orang bekerja juga 7 atau 8 jam sehari atau kena dapatkan lebih kurang 5 kg sehari..

Malam tidak dibenarkan masuk kedapur kecuali kecemasan bila orang nak cepat ....

Bagi yang nak mencuba untuk menambah pendapatan boleh buat rempeyek, tumpi, kueh loyang, maruku dan lain-lain.

Rempeyek susah sikit kalau tak biasa buat selain modal besar tahun ini dapat dalam rm 1,600 untung bersih dalam rm 800 atau rm 900 sahaja..

Kalau untuk hari-hari biasa saya buat donat dan burger malaysia... donat dalam 80 biji burger malaysia 40 biji saya hantar pada 2 orang kawan yang meniaga nasi lemak... buat sikit-sikit macam ni dalam kawasan taman boleh cecah rm 800 sebulan lepas duit kereta kancil...

Untuk buat donat ni kena bangun awal pagi sikit sekitar 4.00 atau 4.30 pagi kalau lewat tak sempat... 6.45 atau 7.00 pg kena antar dan biasanya 9.30 hingga 10 pagi mereka dah habis.

Pada surirumah yang nak cuba-cuba meniaga kueh pergi la cari warung-warung nasi lemak... tanya le boleh ke nak letak kueh... kalau tak dapat pagi cari yang meniaga sebelah petang.. cari kueh apa yang boleh kita buat sedap cuba lah letak... InshaAllah ada rezeki kita...

Kueh kena sedap dan bermutu kalau tak nanti tak laku, tapi bila dah laku memang tak menang tangan nak buat... ada sahaja yang nak kueh kita...


dan yang penting sekali doa... amalkan membaca surah 
Ar-Rahman dan Al-Waqiah dua surah ini antara surah-surah yang boleh menambah rezeki... 

Banyak amalan harian yang boleh menambah rezeki  kita, solat dhuha antaranya... ayat seribu dinar, surah al-fatihah selawat nariyah dan zikir...

Kalau dah ada surah yang selalu diamalkan teruskan sahaja walaupun sedikit...

Orang kata dunia dan akhirat biarlah seimbang jangan cari dunia sahaja akhirat kurang.. buat yang sederhana sahaja bukan nak lebih-lebih sampai nak jadi usahawan itu sayalah..

(Inilah projek kecil-kecilan saya di rumah )





koleksi kerepek yang saya buat sendiri untuk jualan....
Tumpi kacang dal


Rempeyek





Kerepek ubi pedas

Kerepek ubi perisa lada hitam


MAAF ZAHIR BATIN
3 SYAWAL 2013


Thursday, 18 July 2013

KARI UDANG GALAH



KARI UDANG GALAH
(Udang galah  Sg Perak)

Hasil tangkapan suami kawan yang rajin memancing
sekilo dia jual dalam rm 38.... 


                                                                      (dah siap)
                                         
                                         
                                   (1 kg udang)


KARI UDANG GALAH SIMPLE

1 Kg udang galah sederhana besar
2 paket kecil rempah kari adabi
sebiji terung bulat (potong 4)
sebiji kentang (potong 4)
sebiji tomato (potong 4)
4 biji bawang merah kecil (hiris)
kayu manis
bunga lawang
daun kari
4 sudu (cili kering belender dgn bawang besar, bawang putih dan halia)
500 gm santan (jgn terlalu pekat atau cair)
1/2 keping asam gelugur 
garam secukup rasa
gula sikit (jika suka)

Cara membuatnya

Tumis bawang hiris dah kuning masukkan cili blender, masukkan rempah kari, kayu manis, bunga lawang, daun kari dan kacau rata... masukkan 2 cawan air dan masak kentang dahulu dan separuh masak barulah masukkan udang galah, terung, tomato dan asam keping

Akhir sekali masukkan santan... kacau sampai udang masak.. 





Sunday, 14 July 2013

CARA MEMBUAT SAMBAL GORENG TEMPE

CARA MEMBUAT SAMBAL GORENG TEMPE

(RANGUP DAN SEDAP)

Bahan A

1 keping tempe (rm 1.00)
4 biji kentang
200 gm ikan bilis
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
50 gm kacang tanah
sedikit air asam jawa
1/2 cawan gula
sedikit garam
sedikit minyak (setengah senduk)

Bahan B 

10 tangakai cili kering
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUAT

1. Kentang dihiris nipis  dan kecil seperti batang mancis rendam sekejap tos dan goreng hingga betul2 garing dan rangup
2. Hiris tempe kecil2 dan nipis kemudian digoreng hingga garing dan rangup
3.  Ikan bilis dibelah dua, bersihkan dan di goreng 
4. mayang halus bawang merah dan putih, goreng hingga garing
5. goreng kacang tanah 

pastikan bahan ini sentiasa rangup

Kisar bahan B dengan sedikit air

Cara untuk menumis:

1. Sediakan kuali masukkan minyak masak , tumis bahan kisar masukkan gula, garam dan air asam jawa (dlm satu sudu) kacau sehingga pekat dan kecilkan api.

2. Masukkan kesemua bahan goreng tadi kacau rata sehingga 5 minit dan terus tutup api.

3. Sejuk kan dan simpan di tempat yg kedap udara

bahan goreng perlu digoreng garing untuk mengelap ia lemau bila digaul dgn sambal...

jangan bubuh air semasa menumis kerana sambal yang berair akan memyebabkan bahan goreng lemau setelah sejuk.


sambal goreng ini biasanya tahan sehingga 2 atau 3 minggu


Nampak macam senang tapi sebenarnya remeh sedikit tapi tak salah mencuba...