ALHAMDULILLAH bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dapat beraya lagi pada tahun ini...
Tahun ini dah masuk 5 tahun buat bisnes rempeyek kecil-kecilan dirumah... dan tempahan meningkat sedikit hampir 90 kg...
Walaupun modal banyak tapi alhamdulillah masih boleh dapat keuntungan lebih, mula buat hari ke 6 puasa dari pukul 7 atau 8 pagi hingga pukul 12 atau kadang kala pukul 1.30 tgh hari..ini termasuk rehat sekejap dalam pukul 10 atau 11 pagi..
kena budget masa macam orang bekerja juga 7 atau 8 jam sehari atau kena dapatkan lebih kurang 5 kg sehari..
Malam tidak dibenarkan masuk kedapur kecuali kecemasan bila orang nak cepat ....
Bagi yang nak mencuba untuk menambah pendapatan boleh buat rempeyek, tumpi, kueh loyang, maruku dan lain-lain.
Rempeyek susah sikit kalau tak biasa buat selain modal besar tahun ini dapat dalam rm 1,600 untung bersih dalam rm 800 atau rm 900 sahaja..
Kalau untuk hari-hari biasa saya buat donat dan burger malaysia... donat dalam 80 biji burger malaysia 40 biji saya hantar pada 2 orang kawan yang meniaga nasi lemak... buat sikit-sikit macam ni dalam kawasan taman boleh cecah rm 800 sebulan lepas duit kereta kancil...
Untuk buat donat ni kena bangun awal pagi sikit sekitar 4.00 atau 4.30 pagi kalau lewat tak sempat... 6.45 atau 7.00 pg kena antar dan biasanya 9.30 hingga 10 pagi mereka dah habis.
Pada surirumah yang nak cuba-cuba meniaga kueh pergi la cari warung-warung nasi lemak... tanya le boleh ke nak letak kueh... kalau tak dapat pagi cari yang meniaga sebelah petang.. cari kueh apa yang boleh kita buat sedap cuba lah letak... InshaAllah ada rezeki kita...
Kueh kena sedap dan bermutu kalau tak nanti tak laku, tapi bila dah laku memang tak menang tangan nak buat... ada sahaja yang nak kueh kita...
dan yang penting sekali doa... amalkan membaca surah
Ar-Rahman dan Al-Waqiah dua surah ini antara surah-surah yang boleh menambah rezeki...
Banyak amalan harian yang boleh menambah rezeki kita, solat dhuha antaranya... ayat seribu dinar, surah al-fatihah selawat nariyah dan zikir...
Kalau dah ada surah yang selalu diamalkan teruskan sahaja walaupun sedikit...
Orang kata dunia dan akhirat biarlah seimbang jangan cari dunia sahaja akhirat kurang.. buat yang sederhana sahaja bukan nak lebih-lebih sampai nak jadi usahawan itu sayalah..
(Inilah projek kecil-kecilan saya di rumah )
koleksi kerepek yang saya buat sendiri untuk jualan....
Tumpi kacang dal |
Rempeyek |
Kerepek ubi pedas |
Kerepek ubi perisa lada hitam |
MAAF ZAHIR BATIN
3 SYAWAL 2013