MADINAH AL MUNAWWARAH
(Perjalanan Haji & Umrah 2013)
Alhamdulillah telah selesai menunaikan ibadat haji dan umrah bersama suami dan kami memilih penerbangan awal untuk ke Madinah dahulu.....
(kt 5 iaitu penerbangan ke 5)
Sedikit catatan ringkas ketika berada di bumi haram madinah tempat bersemadinya kekasih Allah dan sahabat-sahabat ianya sekadar menyemarakkan semangat para pembaca yang beragama Islam yang belum berpeluang dan berkesempatan untuk menanam niat dan cita-cita untuk datang ziarah dan beribadah di sini.
Apa yang berlaku dan apa yang kami perolehi disini adalah sesuatu yang sukar untuk diceritakan semuanya... semua perasaan berada disini sedih, gembira, gentar, hina, lemah dan yang paling utama adalah syukur di atas rahmat dan kasih sayangNya kami sampai disini..
|
Dari luar perkarangan Masjid Nabawi : 9 sept 2013 |
|
Ruangan solat |
|
Air zamzam disediakan di dalam dan luar masjid jangan lepaskan peluang minumlah dengan sepuas-puasnya dan jangan lupa berselawat dan berdoa dahulu.. |
Hari pertama tiba suasana di masjid nabi ini tenang kerana belum ramai jemaah haji yang tiba.... setiap kali solat akan berada di saf pertama dan paling ramai saya kira hanya ada 3 saf sahaja... memasuki hari ke 6, 7 dan 8 keadaan sudah berubah lambat sahaja akan susah sedikit mencari tempat solat dan kadang-kadang terpaksa berpecah dengan rakan sebilik...
Setiap kali memasuki pintu masjid beg sandang kami akan diperiksa oleh petugas wanita mereka tidak benar kamera dan telepon bimbit berkamera di bawa masuk... alhamdulillah kadang-kadang beg saya cuma dipegang sahaja..
Pengalaman solat jenazah bermula disini.. selama berada disini hanya sekali sahaja terlepas solat jenazah selebihnya memang setiap waktu selepas solat fardu ada sahaja jenazah yang di solatkan...
Para jemaah Haji Malaysia akan dibawa oleh petugas tabung haji
melawat dalam Masjid Nabawi tempat yang paling utama adalah makam rasulullah s.a.w dan sahabat, Raudhah... hanya lelaki sahaja dibenarkan melawat makam baginda... sementara kaum wanita berpeluang memasuki Raudhah mengikut jadual dan masa yang ditetapkan... iaitu biasanya selepas solat subuh, asar dan Isyak...
Ziarah luar Madinah antaranya ke Bukit Uhud tempat peperangan badar, perkuburan Baqi', ladang kurma dan akhir sekali ke Masjid Quba'
1. Lawatan ke Bukit Uhud
|
Pemandangan bukit uhud |
2. Perkuburan Al-Baqi'
Selain daripada menziarahi Maqam Rasulullah saw dan dua sahabatnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab r.a., sayugia juga menziarahi Perkuburan Al-Baqi' iaitu
tempat bersemadi para suhada, para sahabat di katakan hampir 10,000 orang termasuklah Saidina Othman bin Affan dan isteri-isteri junjungan nabi saw serta anak-anaknya.
|
Jika ada rezeki, anda akan tercium bau wangi disini |
3. Melawat ladang kurma
Inilah pertama kali pegang buah kurma kat pokok...
5. Masjid Quba'
Jangan lepaskan peluang ini... Mengambil wuduk di hotel tempat kita menginap dan solat 2 rakaat di Masjid ini pahalanya seperti mengerjakan umrah...
Alhamdulillah Setelah lapan hari berada di Madinah kami berangkat ke Mekah selepas solat zohor untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah