Friday 23 March 2012

CARA MEMBUAT TAPAI UBI KAYU




CARA-CARA MEMBUAT TAPAI UBI

1.  Bersihkan ubi kayu dan kikis bahagian luar sehingga bersih






2. Masukan dalam periuk dan rebus sehingga sederhana empuk



3. Toskan ubi 






4. Untuk proses meragikan ubi yang telah direbus dan disejuk suam

pastikan ragi yang digunakan ragi yang elok dan baru
bagi mendapatkan tapai yang manis jemur ragi dahulu sehari sebelum digunakan.

cara meragi:  ambil penapis teh kikiskan ragi diatas ubi dan gaul sehingga rata.... sehingga kelihatan tompok2 putih diatas ubi tadi.

Sebiji ragi seperti di atas boleh digunakan untuk lebih kurang 5 kg ubi kayu







5. Ubi yang telah siap diragikan









6. Ubi yang telah siap diragi boleh disimpan dalam bekas dengan kemas dan biarkan selama 2 hari 2 malam.. tapai yang sedia dimakan akan kelihatan berair






Bekas ini juga boleh digunakan dan jimat sikit jika dibandingkan
 dengan bekas yang di atas
 




7. Tapai ubi kuning yang telah sedia untuk dihidangkan


Bagi yang belum pernah membuat tapai boleh mencuba sedikit dahulu dan cuba dapatkan ragi yang baik kerana kadang-kadang terdapat ragi yang kurang bermutu dan bila siap tapai akan menjadi masam

tambahan: gunakan ubi kayu yang baru dicabut untuk hasil tapai yang bermutu dan segar

SELAMAT MENCUBA