Friday 23 March 2012

CARA MEMBUAT TAPAI UBI KAYU




CARA-CARA MEMBUAT TAPAI UBI

1.  Bersihkan ubi kayu dan kikis bahagian luar sehingga bersih






2. Masukan dalam periuk dan rebus sehingga sederhana empuk



3. Toskan ubi 






4. Untuk proses meragikan ubi yang telah direbus dan disejuk suam

pastikan ragi yang digunakan ragi yang elok dan baru
bagi mendapatkan tapai yang manis jemur ragi dahulu sehari sebelum digunakan.

cara meragi:  ambil penapis teh kikiskan ragi diatas ubi dan gaul sehingga rata.... sehingga kelihatan tompok2 putih diatas ubi tadi.

Sebiji ragi seperti di atas boleh digunakan untuk lebih kurang 5 kg ubi kayu







5. Ubi yang telah siap diragikan









6. Ubi yang telah siap diragi boleh disimpan dalam bekas dengan kemas dan biarkan selama 2 hari 2 malam.. tapai yang sedia dimakan akan kelihatan berair






Bekas ini juga boleh digunakan dan jimat sikit jika dibandingkan
 dengan bekas yang di atas
 




7. Tapai ubi kuning yang telah sedia untuk dihidangkan


Bagi yang belum pernah membuat tapai boleh mencuba sedikit dahulu dan cuba dapatkan ragi yang baik kerana kadang-kadang terdapat ragi yang kurang bermutu dan bila siap tapai akan menjadi masam

tambahan: gunakan ubi kayu yang baru dicabut untuk hasil tapai yang bermutu dan segar

SELAMAT MENCUBA

11 comments:

  1. 1bji ragi biasa bt untk 4kg pulut..klu ubi sbji ragi ubi byk mne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari anie... kalau untuk ragi saiz ini boleh sehingga 5 kg ubi kayu Insha Allah..

      Delete
  2. Pada langkah ke 4 tu, ragi ke ubi yg kena jemur dulu?
    Tq :)

    ReplyDelete
  3. Pd langkah ke 4 tu, ubi ke ragi yg kena jemur dulu?
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari Ummi Dearie... ragi yang perlu di jemur dulu.. Terima kasih kembali...

      Delete
  4. Nk niaga la mcm ni . Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat kalau nak cuba meniaga... cuba antar di kedai makan atau kedai mini yang ramai orang...

      Delete
  5. salam..selepas di masuk ke dlm bkas..boleh dibiar kn begitu saja atau perlu di peram pd tempat yg gelap atau bgaimana...terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... boleh dibiarkan begitu sahaja... tapi yg eloknya letak tempat yang orang tak kacau... takut dibuka-buka penutupnya... kadang-kadang boleh menyebabkan jadi masam...

      Delete
  6. Salam Kak Cik! Kalau jual, cam bekas tu berapa eek? Misal 100g = ?RM? Terima kasih, wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hjh Hasnah... kalau di pasar tani teluk intan dalam bekas bulat cuma rm 1.50 tapai ubi kuning... bergantung pada harga ubi kayu... kalau ubi tanam sendiri boleh jual dalam rm1.00 tapi kalau ubi beli tak dapat rasanya... yang dalam cawan air macam di atas tu lebih kurang 130 g dulu saya jual rm1.30...tapi ubi masa tu cuma rm 1.00/1kg... sekarang dah rm2.50/kg

      Delete